Wednesday, October 22, 2008

ISU PENGHAYATAN ISLAM (BUDAYA MEMBACA)

Ilmu pengetahuan adalah anugerah Allah S.W.T yang amat besar faedahnya kepada manusia. Ia merupakan cahaya yang menerangi kegelapan hidup. Tanpa ilmu hidup manusia akan dibelenggu oleh kejahilan dan kelemahan. Justeru untuk membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan kelemahan, Rasulullah S.A.W telah menegaskan kewajipan mencari ilmu pengetahuan kepada kita semua sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu difardhukan ke atas setiap muslim”

Untuk mencapai ilmu tersebut perlu ada penghayatan budaya Iqra’ iaitu budaya membaya dalam diri setiap orang Islam. Budaya membaca bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan masyarakat Islam bahkan ia sebenarnya telah diketahui dan dihayati sejak dari mula al-qur’an diturunkan.

Dalam usaha merealisasikan budaya membaca dalam masyarakat Islam, wajarlah bagi kita untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :-

1. Mendidik anak-anak sejak dari usia kecil mereka dengan tabiat suka membaca.

2. Melatih diri supaya mengamalkan tabiat membaca secara berterusan dengan memperuntukkan tempoh masa tertentu untuk membaca pada setiap hari.

3. Mengutamakan bahan-bahan bacaan yang bersifat ilmiah dan yang tidak keterlaluan.

4. Membanyakkan bahan bacaan dalam berbagai bahasa kerana ia dapat membantu kita untuk mendapat lebih maklumat, terutamanya mengenai sesuatu perkara yang hanya diterbitkan dalam bahasa tertentu sahaja.

Selain daripada itu kita juga boleh menghidupkan budaya membaca ini melalui pengnjuran berbagai majlis ilmu seperti diskusi, pameran buku, ceramah, forum, seminar dan sebagainya. Oleh itu, untuk melahirkan masyarakat yang berilmu maka penghayatan budaya membaca mestilah didokong oleh segenap lapisan umat Islam.

1 comment:

zakiah othman said...

memupuk budaya membaca dalam diri setiap individu adalah suatu yang amat digalakkan dalam Islam, Hal ini kerana melalui pembacaanlah kita akan mendapat ilmu dan maklumat. tetapi apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah berapa ramaikah yang memperuntukkan masa mereka untuk membaca ini dengan membaca perkara-perkara ilmiah, hal ini kerana apa yang diperhatikan masyarakat pada zaman sekarang ini lebih menumpukan pembacaan mereka kepada hal-hal yang berkaitan dengan hiburan hatta apabila ditanya mengenai Rasulullah S.A.W dan para sahabat mereka tidaK boleh menjawabnya, tetapi apabila bertanyakan tentang artis pujaan mereka, mereka pantas menjawabnya.. salah siapakah ini?