Tuesday, October 21, 2008

ISU AKIDAH ISLAM

Kebelakangan ini isu murtad sudah tidak asing lagi di negara kita. Kalimah itu disebut tanpa membimbangkan sesiapa walhal pada hakikatnya perlu diberi perhatian yang teliti kerana isu ini berkaitan dengan akidah seseorang muslim itu sendiri yang akan menyebabkan berlaku kekufuran kepada Allah S.W.T.

Fenomena murtad ini merupakan penyakit sosial yang pastinya akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Jenayah ini merupakan proses kembali kepada kekufuran atau kesyirikan setelah mengakui keimanan. Dosa syirik terlalu besar sehinggakan Allah tidak mengampuni bagi mereka yang menyekutukan Allah S.W.T. Peringatan ini perlulah dihayati dan disebarkan kepada semua orang Islam agar terus berwaspada.

Kenapakah jenayah murtad ini terjadi? Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh hidangan hiburan yang melampau-lampau sehingga timbul budaya hedonisme yang tampak tiada batasan mahupun sekatan. Pelbagai persoalan akan terus-menerus timbul seandainya masalah akidah Islam ini tidak diatasi dengan segera.

Pemulihan akidah wajar dilaksanakan dengan mekanisme yang mapan dan utuh agar akidah umat Islam dapat diselamatkan. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang yang berbentuk mengelak lebih baik daripada merawat seperti hukuman hudud yang menetapkan hukuman bunuh. Hal ini kerana penjenayah murtad akan terus murtad dan jumlahnya akan terus bertambah dari hari ke hari.

Justeru, marilah kita memahami fenomena murtad ini agar orang-orang yang hampir dengan kita tidak terjebak ke arahnya dan mudah-mudahan akidah umat Islam dapat diselamatkan daripada syirik dan kufur kepada Allah S.W.T. Di mana tiada pengampunan daripada Allah dan nerakalah tempat yang kekal untuk selama-lamanya.

1 comment:

ida said...

salam...saya amat setuju sekali dengan penulisan saudara ni, sememang nya kita harus faham dan tau pasal isu murtad ni. kadang-kadang, tanpa kita sedar ada orang terdekat dengan kita mengahadapi situsasi ini. puncanya entahlah, kne tanya dia baru kita tau. tapi paling tak pun kita boleh bagi nasihat kat dia agar jangan buat cm 2 cz itu dosa besar dan kita boleh selamatkan akidah dia.tapi ape2 pun dalam arus dunia yang penuh nikmat yang tdk kekal ni, kita harus pandai menjaga diri cz kita juga tdk mustahil akan terdedah kepada perkara ini. hanya iman yang tebal di dalam diri sahaja lah yang mampu menjadi benteng agar akidah kita tidak terpesong. all the best & good luck for final exam.